Miss Introvert
Perak
Saturday, 2 June 2012 • 02:43 • 1 comments

Photobucket

Ya..sekarang ini saya berada di rumah kakak saya di Ipoh, Perak. Esok dah kena daftar kat UiTM Puncak Alam.

Nasib baik ramai ex-MRSM Jeli kat sana. So, dah sepakat nak daftar sama-sama dan duduk di hostel sama-sama. Amie pun dah cakap yang dia dan kawan dia nak bawa iron & iron board.


Errr...Kenapa tak cakap awal-awal yang korang daftar pagi? Haishh~

Ya..saya daftar petang. Saya pun tak tahu kenapa masa pendaftaran saya tak sama dengan mereka. Mungkin disebabkan nama saya bermula dengan huruf R? Nasib baik Fatimah pun daftar petang.


Ok...Apepun doakan yang terbaik untuk saya. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin

Call It What You Want
Monday, 28 May 2012 • 07:12 • 0 comments

Photobucket






Oh Yean, kenapa marah?
Monday, 21 May 2012 • 23:25 • 2 comments

Photobucket



Hari ini 1 Rejab 1433 H. Saya yakin ramai orang yang berpuasa hari ini.
Hari ini letih sangat..Semalam saya tidur pukul 2.00 a.m semata-mata nak tengok previous episode of Running Man.


Kenapa Yean marah-marah?

Hari ini abah ajak pergi beli setem hasil dan bayar yuran. Yean nie kerja malam ; pagi dia tidur. Saya kejutkan Yean, nak suruh dia hantar saya kat pejabat abah. Dia dengan terkejutnya bangun, tengok jam.



Tiba-tiba dia marah. "Kenapa tak kejutkan Yean. Dah lewat nie."
Oh~Dia ada kursus kat tempat dia bekerja.

Err..Yean tak cakap pun suruh kejutkan dia dari tidur. Dia sendiri tak set alarm.

Hasan al-Basri pernah berkata: “Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.

Sepanjang pagi tu saya dengar dia membebel. Marah sangat-sangat. Lucu pun ada.
Bukannya apa, kenapa nak salahkan orang lain.


Saya tak jadi suruh dia hantar. Malas dengar dia membebel, saya ambik bicycle terus pergi kat pejabat abah.

Alhamdullilah, hari ini Allah permudahkan semua urusan. Semua persiapan 80% dah siap. Yang tinggal cuma beli barang keperluan.

Tak sabar nak pergi belajar.Hiyaahhh...





Sejuk
Monday, 14 May 2012 • 07:34 • 0 comments

Photobucket


Malam ini hujan turun. Walaupun sementara tetapi bisa menyejukkan suasana di sekelilingku. *tapi nampaknya turun lagi*

Arghh..perkataan sejuk itu yang buat aku menggigil.


 Esok nak pergi buat medical check up dengan Cik Pah. Sebenarnya hari Ahad dah pergi hospital. Disebabkan orang ramai, kenalah buat appointment.

Ok~Banyak benda kena selesaikan. Buku akaun Bank Islam tak buat lagi sebab surat tawaran tak bawa.

Semoga esok berjalan dengan lancar.


Ya Allah, permudahkan urusanku. Amin~

p/s: Beli skirt duyung. He~happy sebab dapat shopping dengan orang yang sama taste of style.



Rajin
Wednesday, 9 May 2012 • 04:09 • 2 comments

Photobucket




Angin hari itu sepoi-sepoi bahasa. Walaupun begitu, angin itu tidak boleh menghilangkan keresahan dalam hati gadis itu. Gadis itu cuba mencari jawapan kepada persoalan yang sedang bermain-main dalam fikirannya.

Kenapa aku rasa kosong?

Tiba-tiba, terlintas pula lagu Najwa Latiff. Lucu pula rasanya.

Otak ini cuba diperah-perah. Ya. Dia tahu sebenarnya kenapa dia jadi begitu. Dia sendiri malu mengakuinya.

Sebelum ini, dia rajin menolong umi.
                   Dia tidak tidur selepas Solat Subuh
                   Dia rajin menemani adiknya menunggu van sekolah di waktu pagi
                   Dia rajin menyapu di halaman rumah dan mencabut rumput
                   Dan banyak lagi yang dia RAJIN lakukan.

Tapi segalanya berubah. Dia mula tidur selepas solat Subuh. Akibatnya. semua kerja terbengkalai.
Dia telah melukakan hati ramai pihak. Dan lebih teruk lagi, dia rasa jauh daripada Allah. Dia jadi malas mengadu semua apa yang telah berlaku kepada Allah S.W.T.

Ya  Allah, apa yang telah aku lakukan sehingga mendapat murkamu? Aku rasa seperti kehilangan rahmatmu.

Akhirnya dia memutuskan untuk melakukan apa yang dia RAJIN lakukan. Walaupun RAJINnya tak seperti dulu, dia tetap mahu menjadi RAJIN.


Semoga Allah merahmati gadis itu selalu. Semoga gadis itu dapat istiqamah dengan apa yang dia rajin dahulu.

SOME WORDS!


Assalamualaikum,
I'm Raihan, 18 years old, proud to be a malaysian.

Profile
Tagboard


Rewind



Credits


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Raihan's Twitter: Raihan
Raihan's FB : iRyhan